benar kata orang aku dilahirkan dari rahim ibu aku..bersesuaian dengan hadis Nabi org yg dapat kita hormati ialah ibumu sebanyak tiga kali kemudian baru ayah mu...tapi bg aku mungkin itu tidak...orang yang aku sayangai adalah bonda aku sorang dialah ayah dan dia lah ibu buat aku..bonda aku seorang yang kuat dan tabah mengharungi ujian...sedikit pon beliau tidak pernah mengalah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang menimpanya,beliau juga sentiasa suka bersedekah tidak kira dimana jua....Sejak kecil lagi aku diasuh dan dijaga oleh bonda susah senang kami harungi bersama-sama...aku sedikit pon tdk pernah menyesal mahupun terkilan kerana dibesarkan oleh bonda malah aku gembira dan seronok.....bonda banyak mengajar aku akan apa itu makna hidup..Bonda orang yang mengajar aku tauhid kepada Allah...aku bangga dengan bonda walaupun beliau tdk prnah bersekolah dan buta huruf nama beliau tdk buta Huruf2 Allah dan sentiasa mengingati Allah....Bonda sentiasa pesan kepada Allah jgn pernah sesekali lupa kepada Allah kerana KepdaNya tempat kita meminta dan kita Bertaut....dan bonda selalu berkata ilmulh yang dapat menolong kita didunia yang sementera ini bahkan juga ilmulh juga yg akn membantu kita Di Alam sana...Semua pesanan bonda masih ternginang ditelinga aku....setahun yang lalu bonda pergi menyahut seruan Illahi dimana bonda pergi dan tak akankembali kedunia ini lagi....Kini aku tinggal seorang diri menjalani kehidupan yang masih panjang tanpa orang aku sayangi,org yang sentiasa mendorong dan menyokong aku...kini aku hidup dengan pesanan yang bonda tinggalkan shja..bertapa hati ini rindu kepada bonda tiada siapa yang mengetahuinya...tiada orang yang pernah memahaminya...sakit yang semakin parah ini aku tanggung seorang diri kerana tempat aku bermanja dan tempat aku bertaut sudah tiada lagi tinggal aku seorang diri meneruskan perjalan hidup yang masih pnjang dan tidak tahu dimana lagi penghujung noktah hidup ini...aku sentiasa buntu dan tidak lagi mempunyai pegangan yang kukuh dalam menjalani kehidupan selepas bonda tiada..aku sentiasa shja membuat keputusan yang silap dan merugikan shja...dan hati mudah terasa dan terasa diri ini asing dan jauh dari kehidupan sendiri...setiap kali aku memandang barang-barang kepunyaan bonda sering kali aku terbayang wajah bonda sedang memakai benda itu,hati aku lebih teusik dan sayu apabila raya menjelma tiba,menitis air mata ini bila mendengar laungan gema takbir..semua orang bergembira menyambut kedatangan hari raya tapi aku tidak....aku menyambut kedukaan yang tidak tahu mana penghujungnya....Resmi padi dan resmi lalang berbeza....selepas pemergian bonda..semua yang aku lakukan serba tidak kena dan sering dipersalahkan..hati insan mana yang tidak akn terasa...tapi aku cuba tabah menghadapi namun sifat manusia sentiasa lemah akhir aku tewas...Dari kecil hingga besar aku tidak pernah diherdik ditengking namum selepas ketiadaan bonda semua ini aku lalui....azab yang teramat aku lalui..mungkin pada pandangan keluarga aku tiada makna,menyusah dan tidak membawa manfaat sebab itu lah mungkin itu berlaku...Ya mmg aku telah membuat satu kesilapan dulu..sepatutnya aku melangkah keluar dari itu adalah keputusan yang betul dan benar tapi aku berpatah bali..berpatah balik menanggung masalah dan dugaan yang sudah aku tidak mampu menanggungnya...orang lain mungkin melihat aku ceria namun hakikatnya didalam hati ini siapa yang tahu hnya Allah shja yang mengetahui isi hati aku ini....Semuanya sudah terkalam sejak aku lahir lagi..aku harus terima dengan hati terbuka....beginilah hidup jika kita menumpang kasih sayang dari orang tidak sama seperti bonda yang aku yang mencurahkan kasih sayang yang begitu ikhlas..aku amat merindui belaian kasih bonda....aku pon sudah tidak tahu kemana arah yang harus aku tuju lagi..semuanya aku menemui jalan buntu..pemergian bonda merupakan satu pukulan ombak yang kuat memusnahkan pulau yang begitu indah dicipta..belum lunas lagi hutang aku kepadanya...hutang membesarkan aku tidak akan pernah terbalas.....Ya Allah aku titipkan bonda ku ini kepada mu,ku mohon Kau angkatlh martabatnya setingginya...Janganlah sesekali Kau menyiksanya kerana Dia merupakan insan yang begitu sempurna Buat aku...Ya Allah hanya dengan rahmat dan keredaan yang dapat menentukan tempat seseorang itu..dengan penuh rsa rendah diri lagi hina dihadapanMu ini aku mohon Kau tempatkan lah Bonda Aku didalam syurga Yang DiKau Jnjikan..Bonda sbarlah suatu hari nanti pasti anakda akan menyusuri bonda dialam sana..nantikanlah kedatangan anakda ini....anakda begitu rindu kepada bonda..rindu menatap wajah bonda,rndu memeluk bonda,rndu mendengar suara bonda memanggil anakda,rndu kepada nasihat bonda..Anakda sentiasa titipkan doakan mewangi buat bonda dialam sana....biarlah anakda tanggung rndu yang teramat ini...potret bonda sentiasa menjadi pengubat rindu buat anakda......bonda anakda mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki bonda jika anakda ada melakukan kesalahan sepnjang hayat bonda,anakda mohon halalkan segala makan minum anakda dari kecil smpai besar...bonda percayalah dalam hati ini tiada siapa yang boleh menggantikan bonda....percayalah anakda sentiasa mengingati bonda..
setakat ini anakda coretkan buat bonda insyaallah jika ada kelapangan waktu lagi anakda akn menceritakan lagi buat bonda..sekian sampai disini dulu coretan anakda.....
yang sentiasa merindui bonda