BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 3, 2013

ANAK MUDA PASCA MERDEKA

Dewasa ini jika lihat ramai anak muda kita tersasar dari landasan telah jauh dari pangkal jalan....remaja kita rosak akhlak begitu sahaja....Setiap hari jika kita buka sahaj dada akhbar pasti shja ada cerita mengenai remaja kita yang melakukan pelbagai kesalah..'ADAKAH NEGARA INI TERLALU MAJU???' sehingga membawa kealpaan anak muda tentang asal usul mereka...tentang sejarah negara ini mencapai kemerdekaan!!!  bagaimana pahit getir nenek moyang kita memperjuangkan kemerdekaan... Jika kita berbicara hal demikian pasti anak muda akan kata'Ah!!itu perkara yang lama..dahalu lain sekarang dah lain...dahulu mereka xopen minded...kami anak merdeka jiwa muda xsama dengan jika tua'...Terguris hati juga mendengar kata-kata demikian kerana saya juga anak merdeka yang dilahirkan selepas merdeka..saya dibesarkan dalam Dunia Moden tapi saya tetap xmahu melupai sejarah kerana Kata-Kata Keramat JIKA KITA MELUPAI SEJARAH KITA PASTI AKAN MENGULAINYA SEMUA......Walaupun saya tidak hidup pada zaman Jepun zaman British tapi dengar apa yang dicerita oleh Nenek saya sudah cukup dapat merasai Pahitnya kehidupan pada waktu itu....pergaulan anak muda kita pada zaman sekarang tiada batasnya..Hukum syarak telah menetapkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan adakah ianya menjadi beban buat kita???Islam tidak pernah membebankan kita apa yang ditegah olehNya pasti ada sebab dan hikmahnya cuma kita shaja yang selalu alpa dan lupa....Hendak Disalahkan 100 % kepada anak muda zaman sekarang tidak juga mungkin kurang didikan dari Keluarga kerana apa-apa yang berlaku selalunya bermula dari Institut Kekeluargaan yang goyah dan gongcang...tapi jangan guna itu sebagai alasan untuk kita menjadi sedemikian rupa...ingat dunia ini ibarat roda yang sentiasa berputar kadang-kadang dibawah..kadang-kadang diatas apa-apa pun kita perlulah bersedia menghadapi dugaan yang bakal datang tanpa kita duga atau kita sedari..Semua telah tertulis diluhmahfuz sebelum kita lahir lagi cuma menanti masa  sahaja untuk dilaksanakan Oleh Pencipta kita....Allah itu Pencipta Kita Dia Maha Berkuasa Pada MakhlukNya..kita sebagai hamba jangan lah lupa pada Pencipta Kita Kerana Allah tidak Pernah Melupai Kita...Apa-apa pun wahai anak bangsa ku Ayuh banggun sedar dari lena mu yang panjang itu ingat tiada yang dulu maka tiadalah yang sekarang..'belakang parang kalau diasah tiap-tiap hari tajam juga ianya'....Ingatlah Anak Muda Kamu adalah pewaris Negara kamu adalah aset negara yang tidak ternilai..Masa yang kamu lalui tidak akan boleh diulang lagi..jadi gunakan lah masa muda ini sebaik mungkin..kerana usia muda ini adalah usia Emas anda......AYUH bangun Semua....Mencari Ilmu untuk diri kamu dan pada keluarga kamu..AYUH Semuaa......sahutlah seruan Negara Bahawa Belia adalah Pewaris Negara ini....Pertahankanlah Hak kamu dari terus dijajahi lagi....berdiri atas kaki kamu sendiri....Kerana Kamu adalah Kamu....Kamu yang akan mencorak kehidupan kamu sendiri.......


Penulisan Oleh : Fitri Hj Ahmad
ANAK MUDA ASET NEGARA
ADAKAH KAU LUPA

0 comments: