BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 10, 2014

Kenangan Di PSP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izin dan limpah oleh yang Maha Esa dapat hari ini saya membuat enteri yang terbaru, rasanya sudah lama saya tak menulis blog ini tapi hari ini saya gagahkan diri menulis blog kembali.. Hari ini saya nak mencoretkan tulisan hati yang dah lama dikarang...hahahah ove pulak ayat tu kan tp apa pun itu realitinya....


Okelah mari kita kembali ke tajuk asal enteri kali ini....Syukur pada Allah hampir tiga tahun aku menuntut ilmu di Politeknik Seberang Perai kini telah sampai penghujungnya...1.11.2014 merupakan hari terakhir di PSP in sha Allah tahun depan bulan 9 semua akan berkonvokasyen xsabar pulak rasa hati mana tau rezeki Allah boleh dapat Anugerah Ketua Jabatan (tingginya harapan aku nie kan) mudah mudahan Allah izinkan...Setelah tiga tahun aku di PSP banyak kenangan suka dan duka telah aku lalui dengan rakan-rakan pelbagai sejarah telah kami cipta bersama-sama tapi kini semua kenangan itu hanya akan tinggal kenangan sahaja tidak mungkin boleh berulang lagi....setiap kenangan itu mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan aku dan juga rakan-rakan aku..di zaman politeknik aku belajar erti susah dan kepayahan dalam menuntut ilmu...tahu erti persahabatan asam garam kehidupan...semua bermula dari politeknik sahabat pelengkap kehidupan aku di PSP bersyukur pada Allah dikurniakan sahabat yang memahami dan mengerti aku....tidak aku lupa pada sahabat aku walaupun dimana kalian semua berada membantu aku dalam PRK memberi harapan dan semangat pada aku...membantu aku dalam menguruskan sesuatu program dan menjayakan program tersebut...sahabat tempat aku berkongsi segala galanya....aku yakin bersahabatan yang dibina itu atas Ukhuwah akan kekal selama lamanyaa..... kita mungkin boleh berjumpa kembali tapi adakah kita dapat mengulangi kembali lembaran sejarah yang pernah kita cipta suatu ketika dahulu??? benar kata bonda ku zaman belajar merupakan zaman yang paling bahagian dan seronok....memang manis zaman belajar ini.....tiga tahun pertemuan yang singkat tapi banyak memori dicipta bersama-sama kini semua kembali kepada asal sedia kala kembali kepangkuan ayahanda dan bonda yang merindui meninggalkan kenangan itu dengan keterpaksaaan.....Aku akan sentiasa berdoa kepada Allah agar bersahabatan ini akan disirami dengan keradhaanNya dan semoga apa yang diimpikan oleh kalian semua akan tercapai...Terima kasih kerana sudi berkawan dan bersahabatan dengan aku selama tiga tahun ini menerima segala kekurangan diri ini dengan hati yang terbuka....Mungkin ini pertemuan yang terakhir kita siapa mengetahui....tapi ketahuilah aku sungguh bergembira dan senang hati dapat berkenalan dengan kalian....sebak dan sayu hati ini tidak dapat aku gambarkan saat melihat rakan rakan aku kembali kepangkuan keluarga tercinta tapi itulah takdir perjalan Allah yang telah tetapkan kepada diri semua hambaNya yang datang pasti pergi,yang hidup pasti mati...biarpun siang berganti malam, hari berganti minggu,minggu berganti bulan,bulan berganti tahun tapi kenangan bersama - sama kalian tidak mungkin aku lupai dan aku padam dalam ingatan aku ini....ingatlah aku sayang pada kamu semua....maafkan aku seandainya aku ada mengguriskan hati kalian,mulut ini terlepas kata atau ada perbuatan aku yang tidak menyenangkan kalian...aku juga manusia yang bersifat lemah aku mohon maaf diatas kelemahan diri aku ini..lupakan segala sengketa lama buka lembaran baru...akhir kata terima kasih sudi menerima aku yang singgah dihati kalian mengisi ruang sebagai sahabat suatu ketika dahulu...I LOVE YOU ALLS...YOU ALLS ALWAYS IN MY HEART UNTIL I DIED.....taat pada Allah dan ibu bapa kerana ke redhaan Allah terletak pada ke redhaan Ibu dan bapa....dah xmau sedih sedih aku belanja sahabat aku sedikit gambar yang ada pada aku sebagai tanda bersahabatan kita ini okee.... :-)

credit to Semua classmate DAT 6B sesi Jun 2014,Geng Fasilitator JP June 2014,dan semua kawan kawan yang kenal diri ini......

#hikayattujuhberadik
#hikayattigaberadik
#hikayatduaberadik
#hikayatsibujanglapok