BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 11, 2011

RINGKASAN RIWAYAT HIDUP ORANG YANG AKU SAYANG

Mat@Ahmad dan Aminah ialah sepasang suami isteri yang hidup bahagia,hasil perkhawinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Md.Zain(sulong),Hawa(kedua),Aman(bongsu).Kisah ini akan menceritakan tentang Hawa.Hawa dilahirkan pada 24/11/1932,beliau dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah.Ayahnya seorang pedagang dan mempunyai satu keluarga lagi di Negeri Melaka,ayahnya telah pulang ke Melaka dan menghembuskan nafas terakhir di sana.Ibu beliau pula telah meninggal dunia ketika beliau dalam lingkungan tiga tahun,beliau tumbuh membesar tanpa kasih sayang seorang ayah dan ibu.Semasa beliau berumur 15 tahun,beliau telah dikhawinkan dengan Ahmad bin Adbul Razak yang ketika itu berumur 18 tahun.Beliau dikhawinkan ditempat kediaman beliau sendiri beralamat NO 145 G,JLN HUTTON LANE.Abang beliau sendiri yang menjadi wali dalam perkhawinan tersebut,mas khawin beliau ialah RM 101.10 tunai dan barang hantaran ialah selabuh manik hitam.Hasil perkhawinan mereka di kurniakan 13 orang cahaya mata.Ahmad yang dulunya berkerja sebagai pegawai polis berhenti menjadi buruh kasar.Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir beliau ketika beliau berusia dalam lingkunan 56 Tahun.Kini hawa menjadi balu tetapi alhamdulillah pada ketika itu anak-anak beliau sudah bekerja dan yang bongsu berusia 18 tahun.Pada tahun 2000 beliau telah mendapat seruan lambaian kaabah untuk menunikan haji di Mekah Al-Mukarramah,hidup beliau sungguh bahagia disamping anak cucu yang disayangi dan dicintai.Pada Julai 2007 beliau telah diserang penyakit sehingga beliau tidak boleh bergerak langsung tetapi Alhamdulillah ianya tidak berlarutan beliau telah kembali sembuh seperti sedia-kala.Pada 14 Jun 2010 beliau telah dikejutkan dengan berita yang sungguh menyedihkan bahawa anak beliau yang sulong Sbariah Bt. Ahmad telah kembali kerahmatullah akibat sakit barah yang telah lama ditanggungnya,alangkah sedihnya hati Hawa ketika itu hati ibu mana tidak sedih???.Pada awal bulan ogos 2010 keluarga Hawa dikejutkan bahawa Hawa telah telah diserang penyakit dahulu tetapi kali ini lebih teruk,beliau tidak mahu makan,minum malah tiada daya langsung untuk bergerak.Anak cucu silih berganti menjaga dan merawat beliau.Hampir sebulan bulan puasa beliau menggung penyakit itu pada 10.09.2010 bersamaan 1 syawal 1431H tepat jam lima petang Allah telah memanggil beliau untuk menghadapNya,semua ahli keluaraga ada di sisinya ketika beliau sedang sakaratulmaut.Alhamdulillah beliau pergi dalam keadaan aman dan tenang,wajah beliau ketika itu dalam keadaan senyum,ketika itu suasana sedih dan hiba menyelubungi keluarga beliau.Semua pengurusan jenazah berjalan lancar beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Lahar Tabut Penaga,bersebelahan dengan ibu mertua beliau iaitu Che Siti Bt Mohamed

cerita ini menurut sumber-sumber yang dipercayai

0 comments: