BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 1, 2010

CORETAN BUAT NENDA TERCINTA

`Tok ingat tak lagi masa Ti nak pergi jalan-jalan Tok selalu tanya duit cukup tak??..lepas itu Tok bagi duit dekat Ti..Bila Ti nak beli barang,Tok bagi duit kat Ti suruh beli...Tok....Tok ingat tak lagi masa harijadi yang ke-15&16 Tok bagi hadiah telifon bimbit kat Ti...Bila masa Ti cuti sekolah Ti kata "kretdit xdak la" Tok bagi duti suruh Ti topup..Bila Ti nak pergi sekolah Tok bagi duit lebih,sampai Ti nak beli motor pon Tok bagi duit muka..Ti banyak terhutang budi, kat Tok,,..Tok banyak berjasa pada hidup Ti...TAk mungkin Ti dapat membalasnya...Segala-galanya yang tOK bagi melebihi dari semuanya...Tok....Tok ingat tak lagi awal bulan 8 seminggu sebelum puasa...Tok jatuh dalam bilik air..lepas tu tok sakit sampai tak boleh bangun...Ti,mak,acom,Cik Mah dan yang lain-lain silih bergabti jga tok...Ti xjemu pon jga Tok tapi seronok kerana dapat jga tok..Kami mandikan tok,suapkan Tok nasi dan lain-lain lagi...Ti cuba buat yang terbaik kat tok seperti mana tok jga Ti msa kecil dulu,tapi Ti tahu ianya tak sebaik yang Tok buat kat Ti...Tok....Tok tahu tak setiap hari Ti berendam air mata melihat Tok sakit...Ti xsanggup lihat Tok sakit...kalau boleh biarlah Ti yang tanggungnya....Tok...Tok ingat tak masa malam seminggu sebelum raya Tok janji dengan Ti yang Tok tak akan tinggal Ti keseorangan lepas nie...Tapi apakan daya kuasa takdir melebihi segala-galanya...Tok...Tok ingat tak lagi setiap pagi raya orang pertama yang Ti akan salam dan pohon ampun adalah Tok,lepas tu baru mak...Tapi Ti tak sangka bahawa pagi raya tahun ni adalah yang terakhir Ti salam dengan Tok...Tepat jam 5.00 petang raya pertama Tok pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya..Tok...Tok tahu tak saat tu Ti tak dapat terima hakikat dan kenyataan kerana Ti dalam keadaan tak sedia kerana dua hari sebelum raya Tok suruh Ti angkat Tok letak atas kerusi roda dan tolak Tok ke tepi rumah kerana nak tolong depa buat ketupat untuk raya..Tok....Tok tahu tak Ti belum puas rasa nikmat hidup bersma-sama Tok..Rasa masa begitu singkat kita bersama..Tiba-tiba Allah panggil Tok untunk menghadapNya..ketika itu Tok tahu tak kaki Ti rasa macam tak pijak tanah berada dalam alam mimpi....Tok....Tok tahu tak masa Ti siapkan barang untuk Tok dimandikan airmata Ti terus mengalir tanpa henti,Ti rasa ni adalah bersiapan terakhir Ti buat untuk Tok pergi selama-lamanya dari Dunai yang Fana ini...Hati mula terasa sayu,hiba dan sedih apabila melihat Tok dikafankan kerana itu adalah tatapan terakhir wajah Tok..Ketika Ti cium Tok Ti tahu ini adalah ciuman terakhir Ti untuk Tok..Ketika Ti memangku jenazah Tok untuk dibawa kesurau untuk disembahyangkan dapat dapat melihat wajah Tok tersenyum kat Ti..Selepas Tok disembahyangkan kami membawa Tok ke rumah untuk Tok tinggal buat selama-lamanya disana bersebelahan dengan nenek ibu mertus Tok...Susah untuk Ti terima kenyataan bahawa orang yang Ti sayang,Ti cinta sudah tiada kagi didunia ini..Tok...Tok tahu tak kaki terasa kaku ketika hendak banggun dari kubur dan pulang kerumah...Ti tak sanggup meninggalkan Tok keseorangan disitu,Ti ingin menemani Tok disitu...tapi akan daya mak memaksa Ti balik...Ti bermimpi yang Tok datang kat Ti dan tersenyum kepada cucu tok nie..Tok...Tok tahu tak bila Ti ada masalah..Ti takdak temapat mengadu hanya kekubur Tok sahaja hati akan tenang,biarpun Ti hanya cakap seorang diri di sana tapi Ti puas dan rasa lega..Tok....Tok tahu tak hidup Ti benar-benar terseksa selapas pemergian Tok...Ti tahu yang Tok xmungkin kembali lagi kedunia ini...Ti teramat rindu kat Tok,biarlah Ti pendamkan rindu ini sendiri...Ti cuma nak Tok tahu yang Tok seorang yang Ti syang,Cinta dan orang yang bertakhta di hati Ti sampai akhir hayat Ti..Semua yang Ti lakukan adalah untuk Tok..Tok tolonglah Doakan kebahagian dan kejayaan hidup Ti,redalah akan diri Ti...setakat ini dulu Ti dapat coretkan buat Nenda yang Cucunda cintai dan syangi....

1 comments:

MFA said...

khas buat nenda ku HAJAH HAWA BINTI AHMAD dari cucunda mu MUHAMAD FITRI AHMAD