BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 30, 2012

Usia Aku Sudah 19 Tahun...

Pada 25/03/2012 hari tu umur aku telah genap 19 tahun...mengimbau kembali 10 tahun yang lalu,aku mula di ajar cara memasak cara menyidai baju dan cara membasuh baju..semua ini telah diajar oleh seorang insan yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu bonda aku..kata bonda usia sebegini harus diajar dah kerana nanti tak rasa kekok nak buat bila tinggal diasrama....supaya aku boleh lakukan jika tinggal bersendirian nanti...kata-kata itu masih tersemat erat dalam ingatan aku...Sungguh lucu pertama kali aku dijar cara membersihkan ikan habis aku buang yang xpatut aku buang pon aku buang..lepas itu goreng ikan...aku goreng ikan sampai hangit..tapi bonda aku sedikit pon tidak marah malah diajar lagi sampai aku pandai memasak..akhirnya berkat ajaran bonda aku sudah boleh memasak bukan setakat ikan goreng sahaja tapi macam-macam lagi...sungguh besar jasa bonda kepada aku....setiap kali ulangtahun kelahiran aku tiba pasti ada hadiah yang akan bonda berikan kepada aku.....ketika aku berusia 15 tahun bonda dan ibu membelikan sebuah telepon bimbit buat aku..kali pertama aku pakai telefon bimbit nokia 5520....ketika usia 16 tahun bnda memberikan aku hadiah wang tunai untuk aku membuat cermin mata baru....bertapa terharunya aku....bagi aku setiap hari-hari yang aku lalu bersama-sama bonda ialah harijadi aku...aku xpernah merasakan kesusahan....aku sentiasa merasai kesenangan....sedikit kesusahan pon xpernah aku rasai....walaupun ketika usia aku memcecah 17 tahun aku tetap seperti umur 7 tahun sentiasa disamping bonda....dan aku rasa tenang dan aman ketika di sisi bonda..buat kali pertamanya aku sambut harijadi tanpa bonda ketika usia aku 18 dan kini usia aku 19 bermakna sudah dua tahun aku meraikan harijadi tanpa bonda disamping aku.....Airmata aku menngalir tanpa  henti bila ulang tahun aku menjelma tiba terkenangan bonda....mungkin itu sudah ketepan yang telah Allah tetapkan kepada aku...Kini bagi aku ulangtahun lahiran aku sudah tidak bermakna lagi aku....meraikan tanpa orang tersayang...walaupun bonda bukanlah ibu kandung aku tetapi bagi aku dialah ibu kandung aku dari kecil hingga besar aku hidup berrsama-sama dia...susah senang kami lalui bersama-sama.....tapi bila kehilangan bonda tercinta memberi parut yang besar dalam hati aku.....begitu senang orang ungkapkan "yang hidup pasti mati....kita adalah hamba yang akan kembali kepada Pencipta"....tapi aku pasti apabila terkena kepada diri mereka barulah mereka merasai betapa sakitnya erti perpisahan yang sebenarnya..........Kepada semua kawan-kawan dan saudara-mara yang mengucapkan harijadi kepada saya..saya ucapkan jutaan terima kasih....semoga kita sama-sama Mendapatkan Rahmat dari Illahi

0 comments: